Ahli-Ahli BERSATU Seharusnya Pertahankan Muhyiddin Melalui Perpaduan

Oleh: SUARA AKAR UMBI

Perkembangan politik semasa memperlihatkan bagaimana kepemimpinan tertentu dalam UMNO begitu tegar mempertahankan pemimpin yang dikaitkan dengan kes-kes mahkamah atau ‘kluster mahkamah’.

Apa yang menarik perhatian ialah tindak-tanduk ahli-ahli UMNO bertindak demikian walaupun umum mengetahui mereka ini mempunyai kes mahkamah dan ada yang telah pun dijatuhi hukuman.

Di sini, ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) patut mengambil iktibar dari apa yang sedang berlaku. Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari keadaan yang berlaku?

Ahli-ahli akar umbi BERSATU dan juga kepemimpinan parti seharusnya berbuat perkara yang sama dalam mempertahankan presiden parti yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau selama ini terbukti tidak dikaitkan dengan kes mahkamah.

Jika ahli UMNO sanggup mempertahankan kluster mahkamah, apakah ahli-ahli BERSATU sanggup berbuat perkara yang sama, tambahan pula Muhyiddin bukannya kluster mahkamah.

Apabila Presiden BERSATU tidak dikaitkan dengan kes mahkamah, ahli-ahli parti sepatutnya lebih bersemangat dan menyakini dengan perjuangan yang dibawa BERSATU.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *