Bantuan Kembali ke Sekolah anjuran BERSATU Dungun.

Banyak Bahagian Bersatu di seluruh negara mengambil inisiatif untuk mendekatkan diri pada yang memerlukan. Termasuk di Dungan Terengganu, Program Bantuan Kembali Ke Sekolah telah disempurnakan oleh Ketua Bersatu Bahagian Dungun iaitu Dato’ Abdul Aziz Ismail.

Turut bersama beliau adalah ahli-ahli jawatankuasa bahagian. Program itu juga disertai oleh ahli-ahli Bersatu setempat dan juga pelajar-pelajar yang sangat memerlukan bantuan.

Bersatu Dungun mengambil berat akan cabaran ekonomi penduduk setempat yang terkesan akibat wabak Covid 19.

Maklum balas dari akar umbi yang diterima, ada di kalangan ibu bapa pelajar yang telah kehilangan atau kekurangan punca rezeki untuk keluarga mereka.

Oleh kerana itu, pihak Bersatu Dungun mengambil langkah menghulur sedikit bantuan ini, dengan harapan boleh membantu pelajar-pelajar yang terkesan.

Penerima sumbangan mengikut 3 kawasan DUN dan program itu dimulai di kawasan DUN Rantau Abang yang melibatkan 155 nama pelajar.

Kehadiran pelajar-pelajar dan ibu bapa yang mengikut SOP, dengan hanya 10 peserta pada setiap sesi untuk mengelakkan berlakunya kesesakan.

Pihak Bersatu Dungun berharap semoga program bantuan seperti ini dapat memberi kesan yang positif pada rakyat setempat dan akan terus memainkan perananyang sama secara konsisten demi rakyat.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *