BERSATU, Pas Tanjong Karang Menyatuni Masyarakat, Sampaikan Sumbangan Barangan Makanan

TANJONG KARANG 19 Jan. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pas kawasan ini terus giat menyatuni masyarakat setempat dalam usaha mengeratkan perpaduan.

Langkah yang diambil itu bagi merealisasikan semangat Perikatan Nasional (PN) dan menzahirkannya dengan penuh istiqomah di peringkat akar umbi.

Kerja-kerja menyantuni rakyat secara berjemaah antara pimpinan BERSATU dan Pas  Tanjong Karang itu mendapat sambutan baik serta reaksi positif daripada rakyat marhain.

Ini terbukti melalui program yang dijalankan pada akhir Disember lalu sebelum penguatkuasaan PKP.

Namun setiap program BERSATU dan Pas Tanjong Karang itu dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Dalam program berkenaan,  sejumlah barangan makanan diedarkan hasil sumbangan Ketua BERSATU Bahagian, Dato’ Dr .Zulkafperi Hanapi  dan Yang Dipertua Pas Kawasan, Dr. Zamri Zainudin.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *