BERSATU Jerantut Hulur Bantuan Banjir Kepada 200 Keluarga

JERANTUT 20 Jan. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Jerantut yang prihatin dengan masalah penduduk ekoran kejadian banjir, menghulurkan 200 kampit beras bersama barangan dapur lain dalam program bertemu penduduk minggu lalu.

Program yang berlangsung tiga hari itu turut dilakukan di beberapa penempatan pemindahan banjir. Sebanyak 200 keluarga menerma bantuan tersebut.

Ketua BERSATU Bahagian Jerantut, Tengku Mohd. Ali Raja Daud memberitahu, apa yang menarik ialah bantuan yang disampaikan  itu adalah hasil sumbangan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ramai penduduk terkejut apabila mengetahui bantuan itu adalah sumbangan daripada Muhyiddin.

“Penduduk tersentuh dan amat berterima kasih kerana Perdana Menteri begitu prihatin dengan masalah dihadapi penduduk ,” katanya.

Beliau berkata, bagi menjayakan program penyerahan bantuan itu, BERSATU Bahagian Jerantut telah mengerakkan kesemua ahli jawatankuasanya selain mendapat kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan.

“Pada masa sekarang BERSATU Bahagian Jerantut terus memantau keperluan penduduk dan jika ada keperluan tambahan kami akan menjadi barisan hadapan membantu penduduk.” katanya

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *