Dato’ Badarudin Abd. Rahaman Pulang Ke Rahmatullah

LIPIS 25 Jan. – Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Lipis, Dato’ Badarudin Abd. Rahaman meninggal dunia kira-kira  pukul 4.05 petang pada 23 Januari lalu di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat kanser prostat yang dihidapi sejak awal tahun lepas.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Penjom, di sini pukul 11.30 pagi, semalam.

Semoga amalan baik Allahyarham diterima Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada BERSATU dan masyarakat setempat.

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *