BERSATU Besut serah bantuan prihatin DUN Kota Putera

BESUT 29 Jan. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Besut menganjurkan program penyerahan bantuan prihatin kepada penduduk kurang berkemampuan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Besut, Dato’ Wan Mohd. Ariff Rashiddin Wan Jusoh dan turut dihadiri Ketua Srikandi Bahagian Besut,  Norma Mamat.

Rombongan ini juga meluangkan masa menziarahi beberapa buah rumah penduduk di DUN Kota Putera.

Wan Mohd. Ariff berkata, BERSATU Bahagian Besut sentiasa prihatin kepada nasib masyarakat terutamanya di kawasan DUN Kota Putera, semoga dengan sedikit bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban yang ditanggung.

“BERSATU Besut sentiasa memerlukan maklumat mengenai nasih penduduk dan kita akan cuba membantu mereka berkenaan.

“Sudah menjadi agenda BERSATU untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *