Armada JB mengorak Langkah bersama NGO Pemuda Negara

Oleh Anak Abu

JOHOR BAHRU 31 Jan. –  Buat kali pertama Armada Bahagian Johor Bahru berganding bahu bersama NGO Pemuda Negara Johor Bahru mengadakan program bantuan kepada keluarga anak muda yang terkesan akibat pandamik Covid-19.

Gabungan dari dua entiti anak muda ini adalah inisiatif yang dibincangkan bersama atas tujuan memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat.

Naib Ketua Armada Bahagian Johor Bahru, Zarief Halid berkata; “Program gabungan kali ini mengutamakan memberi bantuan kepada anak muda yang terkesan akibat Civid-19 dan kami akan teruskan dari semasa ke semasa”.

Seramai 20 penerima anak muda diberi bantuan dari segi keperluan asas untuk mereka yang berada di sekitar Johor Bahru.

Rata-rata penerima adalah dari kalangan ahli Bersatu.

Program ini juga disertai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian Johor Bahru bagi sama-sama turun melihat dan memberi sokongan penuh kepada program berkenaan.

Manakala Ketua Pemuda Negara Negeri Johor, Saiful Bahari berkata, inisiatif ini diambil setelah menerima aduan bahawa golongan belia di Johor Bahru juga memerlukan bantuan.

“Program bersama Armada tidak akan terhenti di sini dan kami akan terus memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *