BERSATU Kota Raja tersentuh melihat keluarga prihatin menjaga tiga warga emas dengan penuh kasih sayang

KLANG 1 Feb. – Menziarahi  sebuah keluarga yang begitu penuh kasih sayang  menjaga tiga warga emas yang uzur serta merupakan ahli keluarga mereka, memang banyak meninggalkan pengajaran.

Apa tidaknya, keluarga berkenaan begitu prihatin ketika menjaga kedua ibu bapa mereka yang berusia 85 dan 92 tahun serta ibu mertua berusia 95 tahun.

Dalam program ziarah prihatin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Raja baru-baru ini, lawatan BERSATU  itu turut menguatkan lagi semangat keluarga berkenaan untuk terus menjaga ahli keluarga mereka.

Malah, kegembiraan juga jelas terbayang kepada tiga warga emas berkenaan yang menerima lawatan BERSATU Kota Raja itu.

Ketua BERSATU Bahagian Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad yang mengetuai program ziarah prihatin itu memberitahu, pihaknya tersentuh apabila melihat semangat keluarga berkenaan menjaga ahli keluarga mereka yang uzur.

Menurutnya, program ziarah itu dapat menimba pengalaman serta pengajaran daripada keluarga berkenaan yang sentiasa prihatin dan bersemangat menjaga ahli  keluarga sendiri.

“nilah semangat kekeluargaan serta perpaduan yang perlu dicontohi serta harus ada dalam diri setiap ahli BERSATU sama ada di peringkat negeri, bahagian, cawangan mahupun Armada dan Srikandi.

“Program ziarah prihatin BERSATU Kota Raja itu juga turut menyampaikan bantuan bagi meringankan beban keluarga terbabit,” katanya.

Beliau berkata, BERSATU Kota Raja akan memperluaskan lagi program ziarah prihatin itu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *