Muhyiddin, Joko Widodo Bincang Pelbagai Isu Dua Hala

JAKARTA 5 Feb. –  Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Perbincangan dua pemimpin negara yang merupakan dua sahabat akrab itu menyentuh pelbagai perkara termasuk usaha memerangi Covid-19, pelaburan, perdagangan, isu politik serantau melibatkan Mynmar dan beberapa isu lain.

Turut disentuh dalam perbincangan itu ialah isu anti-minyak sawit. Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar terbesar minyak sawit dunia.

Muhyiddin pada sidang media memberitahu, kedua-dua pemimpin bersetuju mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani isu-isu berbangkit dan yakin persetujuan serta penyelesaian akan dapat dicapai.

“Melalui semangat kerjasama dan hubungan baik yang amat akrab, kita yakin dapat mencapai persetujuan dalam menangani isu-isu semasa,” kata Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU.

Sementara itu, Joko Widodo pada sidang media yang sama berkata, Indonesia dan Malaysia akan terus memperkuatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala.

“Kita akan perkuatkan kerjasama di semua peringkat hasil perbincangan yang diadakan secara terbuka dan baik sebentar tadi,” katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *