Armada BERSATU Nasional Lancar `Google Form’ Bagi Aduan, Cadangan dan Maklum Balas Untuk Ahli-Ahli  

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam Armada BERSATU Nasional melancarkan satu ‘Google Form’ bagi aduan, cadangan dan maklum balas untuk mempermudahkan ahli Armada membuat aduan, memberi cadangan dan menyampaikan maklum balas.

Exco Armada BERSATU Nasional yang juga Pengerusi Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam Armada, Abdul Mutalib Hasan memberitahu, melalui Google Form itu semua ahli Armada boleh menyalurkan aduan, cadangan atau maklum balas mengikut  saluran yang betul.

Jesteru, kata beliau, Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam menasihati agar semua ahli Armada mengunakan saluran ini bagi menzahirkan niat tersebut.

Jelasnya, setiap maklumat dan butiran peribadi yang diberi dan dinyatakan adalah sulit.

Tambah beliau, semua maklumat hanya akan diekses oleh Pengerusi Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam Armada serta barisan kepemimpinan Armada BERSATU Nasional sahaja.

Pihak Biro juga akan menghubungi anda bagi mengatasi masalah tersebut dalam usaha mengukuhkan Armada di peringkat akar umbi.

 

Link Google Form

https://forms.gle/Tyvdy6DeFaxWLxkPA

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *