BERSATU Bachok, JKM Ziarah 11 Keluarga Kurang Berkemampuan, Uzur

BACHOK 12 Feb. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Bahagian Bachok mengambil inisiatif menziarahi beberapa keluarga kurang berkemampuan dan uzur di Kampung Chap dan Kampung Perupot dalam Parlimen Bachok.

Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Bachok, Wan Jusoh Wan Semail memberitahu, lawatan itu turut disertai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah.

Program ziarah itu melibatkan 11 buah keluarga di dua buah kampung berkenaan.

“Tujuan ziarah ini bagi membolehkan BERSATU dan JKM berganding bahu mengenal pasti keluarga kurang berkemampuan dan uzur untuk kita berikan bantuan atau sumbangan yang sesuai.

“BERSATU mengambil inisiatif supaya JKM turut serta dalam program ziarahi. Selain BERSATU dapat berikan bantuan, JKM juga dapat melakukan perkara yang sama setelah mengenap pasti keluarga terbabit,’’ katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersama JKM akan melakukan susulan daripada ziarah tersebut untuk memberikan bantuan yang perlu kepada 11 keluarga terbabit.

Antara keluarga yang diziarah itu termasuk warga emas yang uzur dan tidak mampu bergerak selain penduduk yang miskin.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *