Perhebat Program Khidmat Masyarakat, Fokus Kepada Perpaduan

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Terus membantu sedaya mungkin walaupun perlu menghadapi pelbagai kekangan mahupun kekurangan.

Itulah konsep diamalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Lembah Pantai.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Lembah Pantai, Ir. Zainal Ariffin Osman berkata, usaha berterusan itu sebagai khidmat kepada masyarakat yang berhadapan dengan pelbagai masalah.

Beliau berkata, pendekatan yang dilakukan lebih bermakna apabila masyarakat setempat lebih menyakini kehadiran BERSATU yang secara langsung mewujudkan perpaduan komuniti setempat.

Yang terbaharu, katanya, BERSATU bahagian telah menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 72 orang penerima dalam satu majlis di pekarangan Dewan Taman Gasing Indah, Pantai Dalam di sini.

Program anjuran BERSATU Cawangan Pantai Dalam itu mendapat kerjasama Ketua Cawangan Pantai Dalam, Srikandi, Armada dan Kelab Komuniti Taman Gasing Indah.

“Sebanyak 72 orang menerima bakul makanan,’’ katanya.

Program menyantuni penduduk itu tidak terhenti di situ, sebaliknya kepemimpinan BERSATU bahagian, cawangan, Srikandi, Armada dan wakil penduduk, kemudian menziarahi sambil menyampaikan bantuan kepada dua keluarga di taman berkenaan.

Rumah pertama melibatkan seorang pengerusi surau yang terjejas kesihatannya baru-baru ini akibat serangan angin ahmar.

Ini diikuti pula ziarah rumah kedua melibatkan seorang warga emas yang menghidap diabetes kronik.

“Program ziarah ini akan diteruskan kerana kita mahu mewujudkan perpaduan erat dalam kalangan penduduk yang kelak dapat melahirkan kerjasama,’’ katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *