`Bulat Air Kerana Pembetung’

Angkatan BERSATU Anak Muda (Armada) menzahirkan rasa bangga dan  bersetuju sepenuhnya dengan amanat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas hasrat dan strategi langkah-langkah bagi memperkukuhkan Perpaduan Nasional.

Armada melalui Jalur Pribumi menyeru semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama agar menyahut usaha baik Perdana Menteri itu.

“Kita hanya boleh berjaya bila kesedaran ini tersemai dalam naluri semua rakyat Malaysia.

“Bagai mudik sungai, selagi tak dayung, semakin mundu.”

Dalam dunia yang serba pantas, khalayak lebih senang melihat visual pada skrin televisyen atau telefon pintar.

Jadi kita perlu bijak menyuntikkan elemen perpaduan dalam apa sahaja rancangan, baik hiburan mahu pun berupa majalah berinformasi.

Bersama kemudahan media digital dan massa, ia haruslah dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha mengapai perpaduan yang diidamkan.

Perpaduan perlu ditempatkan pada tangga pertama dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.

Melangkaui fahaman politik, status ekonomi, keturunan dan sebagainya. Pun begitu, pelbagai usaha masih lagi perlu dilakukan dengan giat agar penerapan rasa cintakan negara, mekar subur hingga ke peringkat akar umbi rakyat kita, tanpa sebarang prejudis.

Realitinya masih ramai yang cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia atas kepentingan masing-masing. Namun kita sebagai rakyat usah lekas melatah dengan permainan politik murahan seumpama ini kerana jelas masing-masing ada agenda tersendiri.

Ibarat `gajah sesama gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit di tengah-tengah.’

Belum ada harga yang  boleh dicagar pada sebuah keamanan yang lahir daripada perpaduan . Jangan sesekali kita cuba menggadaikannya demi apa jua kepentingan peribadi.

KHAIRUL AMILIN
Exco Armada Nasional (Jalur Pribumi)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *