Ada Pihak `Melompat’ Apabila BERSATU Libaran Serah Bantuan Untuk Masjid

SANDAKAN 19 Feb. – Setelah sekian lama sebahagian Masjid Nurul Iman terbakar dan bantuan yang diminta masih juga belum ada berita, menyebabkan Ahli Parlimen Libaran yang juga Ketua BERSATU Bahagian Libaran, Datuk Zakaria Mohd. Edris mengusahakan bantuan segera dengan menyerahkan cek berjumlah RM5,000.

Tindakan itu menyebabkan ahli jawatankuasa masjid berkenaan mengucapakan terima kasih di atas bantuan yang diberi, namun pada masa yang sama ada pihak (parti politik) tiba-tiba `melompat’ kerana menganggap langkah BERSATU itu menjejaskan parti mereka.

Dalam program baru-baru ini di Kampung Nelayan Tengah, Batu 10 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manila, Zakaria telah menyerahkan bantuan dalam bentuk cek untuk kegunaan AJK masjid berkenaan.

Dianggarkan kira-kira 70 peratus sebahagian masjid itu rosak dan musnah  dalam satu kebakaran hampir setahun lalu.

Zakaria memberitahu, sumbangan cek itu untuk kegunaan AJK masjid  berkenaan yang memang memerlukan bantuan segera.

“Pihak masjid berkenaan memohon bantuan daripada BERSATU dan kita cuba usahakan bantuan sedaya yang mampu.

“Insya Allah kita akan lihat bantuan lain yang boleh diberikan kepada masjid berkenaan,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *