Hentikan Cubaan Mencabar Kuasa Eksekutif  YDP Agong – KP PN Wilayah Persekutuan  

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Cubaan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun agar Parlimen dibenarkan bersidang, dianggap sebagai tindakan melampau dan seolah-olah cuba mencabar kuasa eksekutif  Yang di-Pertuan Agong.

Ingin diingatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu dan usaha pihak tertentu dari kalangan Ahli Parlimen DAP dan PKR, agar menghormati pengisytiharan darurat yang dibuat pada masa ini.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mohd. Shahni Ismail memberitahu, tindakan itu seolah-olah mencabar kewibawaan kuasa eksekutif yang termaktub dalam Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan.

“Jika Yang di-Pertuan Agong (ketua negara) berkenan bahawa ada situasi darurat yang teruk di mana keselamatan atau kehidupan ekonomi mahupun ketenteraman awam dalam persekutuan atau mana-mana bahagian terancam, baginda boleh mengeluarkan pengisytiharan darurat.

“Perlu diakui tindakan Yang di-Pertuan Agong perkenan nasihat dari Perdana Menteri berkaitan perkara 150 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan semasa dan baginda berpuas hati dengan keselamatan, kehidupan ekonomi rakyat dan ketenteraman awam yang terjejas akibat pandemik Covid -19,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Azalina dan kumpulan

Ahli Parlimen DAP dan PKR ini jelas menjejaskan imej Yang di-Pertuan Agong dan negara.

Jelasnya, amat malang sekali sebagai rakyat Malaysia tindakan biadap ini seolah-olah tidak tunduk kepada Raja Berpelembagaan  dalam perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Nasihat saya kepada pihak-pihak berkenaan,  janganlah lebih kuah dari sudu,’’ katanya. Mohd. Shahni.

Beliau berkata, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan keadaan yang membenarkan Sidang Dewan Rakyat  diadakan sepanjang pengisytiharan darurat.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *