Perlu semak semula senarai E-Kasih

Kerajaan perlu mengemaskini semula pangkalan data E-Kasih termasuk syarat-syarat untuk melayakkan penama tersebut berada di dalam sistem E-Kasih.

Ini kerana, banyak aduan diterima daripada mereka yang sebelum ini tersenarai dalam E-Kasih, tetapi apabila disemak semula, mereka terkeluar dari senarai disebabkan oleh beberapa jenis bantuan daripada kerajaan kepada mereka.

Pada pandangan saya, mereka yang terkeluar daripada sistem E-Kasih ini sebenarnya adalah tidak patut, kerana kehidupan mereka masih lagi tergolong dalam kategori miskin tegar atau termiskin mengikut maksud sistem E-Kasih.

Kehidupan dan tanggunggang mereka masih lagi sama. Bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada mereka, sedikit sebanyak membantu mereka, tetapi ia tidak bermaksud bahawa mereka ini benar-benar boleh untuk dikeluarkan daripada senarai E-Kasih.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak kerajaan mengkaji semula sistem serta syarat-syarat berkenaan agar  mana-mana penama yang sebelum ini terkeluar daripada senarai, pertimbangkan dan dimasukkan semula, kerana bagi kita, mereka (penama E-Kasih) ini walaupun menerima bantuan daripada kerajaan dan sebagainya, hakikatnya kehidupan mereka masih lagi tetap sama, masih lagi perlu untuk dibantu.

Selain itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar memastikan tiada sebarang halangan atau kekangan bagi mereka yang miskin tegar untuk disenaraikan dalam data E kasih.

Amatlah sesuai sekiranya perkara sedemikian perlu untuk dipermudahkan.

Seterusnya,  sistem atau jabatan yang mengendalikan E-Kasih perlu ditambah baik dan diperluaskan kepada semua pihak kerana mudah untuk mana-mana pemohon untuk memohon, atau mana-mana individu atau NGO yang ingin membantu dapat membantu mereka (golongan miskin). Ini untuk memastikan mereka (golongan miskin) tidak tercicir.

BAHARI MOHAMAD NOR 
Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar)
merangkap Ketua Penerangan BERSATU Negeri Kelantan

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *