Kuota haji: Bukti Muhyiddin guna pendekatan diplomasi

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kejayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya menambahkan kuota haji bagi rakyat Malaysia dilihat satu pendekatan diplomasi yang telah terjalin sekian lama hasil hubungan baik antara negara ini dengan kerajaan Arab Saudi.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan bahawa perkembangan itu juga memberi maksud amat mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia yang sebelum ini dilanda pelbagai masalah dan kini masih lagi `berperang’ dengan pandemik Covid-19.

“Ini satu kejayaan berasaskan rundingan dan pendekatan diplomasi yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ia juga sebagai bukti mengenai hubungan baik yang terus terjalin antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi,” kata Setiausaha Agung PUM, Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor.

Sehubungan itu, beliau berkata, hubungan baik antara dua kerajaan ini perlu diperkukuhkan lagi dalam pelbagai perkara yang boleh memberi manfaat lebih besar kepada umt Islam.

“Kita hargai usaha Perdana Menteri dan kita juga ucapkan terima kasih,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *