AADK, KEMUDI dan PN memeriahkan program bubur lambuk

DUNGUN 20 April – Sebanyak 300 bekas bubur lambuk diagihkan kepada pemandu, penunggang motosikal dan orang ramai dalam program menyediakan bubur lambuk di Sura di sini.

Program yang dihadiri Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Dungun, Dato’ Abdul Aziz Ismail itu, anjuran Kelab Mujahadah Abadi Terengganu Darul Iman (KEMUDI) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Dungun.

Abdul Aziz memberitahu, program yang bertujuan menyantuni penduduk serta merapatkan silaturahim sesama penduduk itu diadakan di pekarangan pejabat AADK daerah.
Jelasnya, petugas-petugas sukarela berjaya menyediakan 300 bekas bubur lambuk dalam masa dua jam sebelum diagihkan kepada orang ramai.

“Program gotong-royong ini secara tidak langsung dapat mewujudkan persefahaman selain meningkatkan kerjasama dalam kerja-kerja sosial.

“Gotong-royong ini disertai oleh ahli-ahli Perikatan Nasional (PN) dan KEMUDI serta petugas AADK.

“Kemeriahan hasil gotong-royong menyediakan bubur lambuk itu dapat dirasai apabila ia diagih-agihkan kepada pemandu, penunggang motosikal dan penduduk sekitar,” katanya.

Di samping itu kata beliau, program seumpama itu berjaya mewujudkan persefahaman serta kerjasama antara PN, AADK serta NGO setempat.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *