‘Jangan besarkan isu dalaman’ – Wan Saiful

SEBERANG JAYA 1 Mei – Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini mengingatkan semua ahli parti supaya tidak membesar-besarkan isu dalaman parti.

Katanya, peringatan berkenaan adalah untuk semua peringkat termasuk BERSATU bahagian, Armada dan Srikandi.

“Kita perlu ingat bahawa musuh politik sebenar kita adalah Pakatan Harapan, bukannya sesama sendiri.

“Walaupun apa terjadi, kita perlu mempertahankan ketua serta rakan seperjuangan kita selagi mereka tidak melanggar prinsip parti,” katanya dalam program Dialog Penerangan BERSATU Malaysia bagi negeri Pulau Pinang, di sini.

Tambahnya, sebarang salah faham perlu diperbaiki bersama-sama dan bukan disebarkan ke pihak luar.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *