Rebut hikmah malam Lailatulqadar

Sedar tidak sedar kita sudah berada di penghujung Ramadan. Sayu pula apabila mengenangkan Ramadan bakal meningalkan kita. Apakah kita akan dapat bertemu dan melalui lagi Ramadan yang sama pada masa akan datang?

Datangnya Ramadan juga untuk melatih kita menjadi hamba yang bertakwa serta beriman kepada Allah SWT.

Sekarang kita berada di fasa menuju ke malam di mana satu malam yang akan tiba, dilipatkan gandakan  amalan pahala lebih baik dari 1,000 bulan.

Oleh itu gunakanlah peluang ini sebaik mungkin dengan segala amal kebaikan menuju malam Lailatulqadar.

Sekiranya niat dan usaha yang berterusan maka percayalah dengan keizinan Allah kita mampu mencapai malam Lailatulqadar. Terlalu banyak hikmahnya malam Lailatulqadar ini.

Pada masa yang sama, sempena Ramadan ini juga kita perlulah muhasabah diri sendiri.  Yang penting kita perlulah rapatkan setiakawan dan persaudaraan kita dalam satu muafakat. Melalui muafakat yang sepakat barulah kita mempunyai kekuatan yang mantap.

Juga didoakan juga agar rezeki malam Lailatulqadar buat kita semua dan memanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadan yang akan datang, Insya-Allah.

 

DATO’ DR. ZULKIIFLI ABDUL AZIZ
Setiausaha Penerangan BERSATU Negeri Perak

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *