Ketepikan agenda peribadi, jayakan PPN

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka menyokong teguh kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus mengemudi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, rakyat menuntut semua pihak memberi keutamaan kepada isu kesihatan, kebajikan dan pemulihan ekonomi berbanding perebutan kuasa dan agenda peribadi.

Justeru, beliau menyeru semua pimpinan dan parti politik untuk mengetepikan kepentingan politik masing-masing.

“Semua pihak perlu bersatu hati dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha menangani pandemik Covid-19. Oleh itu, kestabilan politik amat signifikan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang direncanakan oleh pihak kerajaan.

“Bersatu Melaka juga akan terus menghormati, menjunjung dan memelihara sistem Raja Berperlembagaan, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *