PN Johor agih sumbangan bekalan makanan buat 700 rumah di Lenga

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Sejumlah 700 rumah di kawasan Felda Batu 27 dan Kampung Batu 23 di Lenga, Pagoh menerima sumbangan bekalan makanan berbentuk keperluan harian daripada Perikatan Nasional (PN) Johor.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata sumbangan itu dilaksanakan bagi membantu penduduk-penduduk yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.

Antara kandungan sumbangan bekalan makanan iaitu ikan, telur dan sayur.

“Sumbangan bekalan makanan berupa ikan, telur, dan sayur kepada seluruh penduduk Lenga ini dengan mengambil kira permohonan dan suasana kes COVID-19 yang semakin meningkat membuatkan ramai penduduk akan terkesan.

“Sumbangan makanan ini telah dihantar dengan 3 biji pacuan 4 roda dan beberapa kenderaan lain untuk disampaikan seluruh rumah Kampung Felda Batu 27 dan Kampung Batu 23.

“Alhamdulillah. Segala bantuan telah selamat disampaikan. Terima kasih buat semua sukarelawan yang turut terlibat menjayakan program pada hari ini.

“Terima kasih lagi sekali diucapkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Ahli Parlimen Pagoh di atas segala bentuk bantuan yang disampaikan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dr Sahruddin turut menggesa agar semua penduduk Lenga bersama kerajaan melawan wabak COVID-19 dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi.

“Buat seluruh penduduk Lenga, teruskan bersabar dan kita bersama melawan wabak COVID-19 ini dengan penuh keyakinan dan penyerahan kepada Allah S.W.T.

“Teruskan menjaga penjarakan sosial, jaga SOP dan sentiasa mengikut nasihat KKM. Jangan lupa untuk terus mendaftarkan diri ke MySejahtera,” katanya.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *