Pejabat Setiausaha Agung PN nafi kenyataan tular berhubung ‘Ismail Sabri penyambung kejayaan pemulihan’

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pejabat Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) menafikan kenyataan media yang tular berhubung ‘Ismail Sabri penyambung kejayaan pemulihan’.

Menurut pejabat itu, kenyataan tersebut tidak ada kena mengena dan palsu.

“Kenyataan media yang sedang diviralkan ini adalah palsu dan tiada kena-mengena dengan Pejabat Setiausaha Agung PN,” katanya.

Kenyataan itu memetik Setiausaha Agung PN yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *