Selamat berjuang atlet paralimpik Malaysia!

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendoakan agar 22 atlet paralimpik mencipta kejayaan yang membanggakan untuk negara pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo.

Ahmad Faizal berkata beliau berharap atlet-atlet paralimpik negara yang diiringi 38 jurulatih, caperon, pegawai perubatan dan petugas sekretariat dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Selamat berjuang atlet paralimpik Malaysia!

“Insyaallah, doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan atlet semua,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagi edisi kali ini, seramai 22 atlet akan menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang dalam sembilan jenis sukan disertai kontinjen negara, pada temasya berprestij di Jepun itu.

Sukan Paralimpik Tokyo akan dibuka secara rasmi malam ini dan berakhir pada 5 September.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *