BERSATU Balik Pulau terima 150 ahli baharu pada Hari Malaysia

BALIK PULAU, 16 Sept — Sempena sambutan Hari Malaysia, BERSATU Balik Pulau hari ini menerima 150 borang keahlian baharu daripada penduduk di kawasan itu.

Majlis penyerahan borang permohonan ahli baharu itu disampaikan kepada Ketua Bahagian Balik Pulau Zolkifly Md Lazim di Kampung Ulu Darat, Teluk Kumbar, di Balik Pulau.

“BERSATU Balik Pulau hari ini menerima 150 ahli baharu dari Cawangan Kg Masjid, Teluk Kumbar yang diserahkan oleh Ketua Cawangan, Saudara Ramli.

“Ini menunjukkan BERSATU terus menjadi pilihan rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, BERSATU Balik Pulau menganjurkan aktiviti mendaki pada awal pagi yang disertai 50 penduduk Kampung Ulu Darat ke Bukit Genting.

Program mendaki setinggi 240 meter dari paras laut ini disertai lelaki dan wanita, di mana laluan mendaki menyusuri kebun durian dan kebun buah-buahan.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *