Inisiatif diperkenal Muhyiddin mula nampakkan hasil – Mastura

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Inisiatif yang diperkenalkan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha untuk membantu rakyat dan negara keluar dari pandemik COVID-19 sewaktu menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri mula menampakkan hasil dan kejayaan.

Ketua Penerangan Srikandi BERSATU Malaysia, Mastura Mohamad Darby berkata tiga inisiatif utama adalah sasaran mencapai 80 peratus imuniti kelompok, pemberian Geran Khas Prihatin (GKP), dan Bakul Prihatin Negara (BPN) serta penubuhan skuad Prihatin Negara.

Menurut beliau, program Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sistematik yang diperkenalkan oleh Muhyiddin terbukti berkesan apabila negara mencatatkan 80 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa pada Selasa iaitu sebulan lebih awal dari jangkaan.

“Pusat-pusat Pemberian Vaksin yang dibuka secara meluas di seluruh negara memberi peluang kepada rakyat mendapatkan imunisasi dengan mudah.

“Bermula hari ini(Selasa) usahawan kecil dan sederhana akan mendapat geran bantuan sebanyak RM500 di bawah PEMULIH. Geran ini akan memberi manfaat kepada 1 juta usahawan kecil yang sekurang-kurangnya dapat membantu usahawan kita bernafas dan membuka perniagaan semula.

“Selain itu, (BPN) yang diurus dan diselaras di bawah teraju kepimpinan Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ternyata amat menbantu keluarga yang memerlukan, terutama ibu tunggal yang bekerja dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, sudah tiba masa untuk ahli-ahli politik mengurangkan berpolitik dan memberi keutamaan kepada kebajikan dan hal ehwal rakyat.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *