KKM taja doktor jadi pakar perubatan – Dr Noor Azmi

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Sebanyak 1,300 tempat disediakan tahun ini bagi tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk pegawai perubatan melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Kepakaran.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pegawai perubatan juga boleh mengikuti pengajian kepakaran melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway.

Katanya, melalui program itu, seramai 189 pegawai perubatan berjaya menjadi pakar perubatan pada tahun lalu berbanding 98 orang pada tahun 2011.

“Kementerian Kesihatan turut melantik semula secara kontrak Pegawai Perubatan Pakar warganegara yang bersara wajib untuk berkhidmat selain mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada pihak swasta menerusi penyampaian perkhidmatan dan penyumberan luar,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr A Xavier Jayakumar, apakah langkah diambil bagi mengatasi kekurangan pakar perubatan di hospital kerajaan serta tindakan diambil menyerap pakar perubatan sedang bekerja sebagai pekerja kontrak di hospital kerajaan.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *