Armada Kota Raja bantu 200 mangsa banjir di Bukit Lanchung Jaya

KOTA RAJA, 1 Jan – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib yang perlu dilalui oleh 200 penduduk di Parlimen Kota Raja di mana mereka kini sedang melalui proses pemulihan banjir akibat bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk, Skuad Prihatin BERSATU melaksanakan program prihatin rakyat yang digerakkan Armada Bahagian BERSATU Kota Raja dengan menyalurkan bantuan barangan makanan kering, tilam dan bantal.

Setiausaha Armada Bahagian Kota Raja, Mohd Riza Imam Maskor berkata mereka menyalurkan bantuan sebanyak 50 bantal dan tilam di beberapa kawasan lain di sekitar Shah Alam.

“Selain daripada kawasan sini, kami berikan di kawasan Taman Sri Muda, Kampung Lombong, Kampung Jawa dan Bukit Lanchung,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan misi bantuan kepada penduduk-penduduk terjejas di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Badan Pimpinan Negeri BERSATU Negeri Selangor, Datuk Azaman Yaakob dan Ketua Penerangan Bahagian BERSATU Kota Raja, Syed Mohd Karimy.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *