545 ahli Amanah Kota Raja sertai Bersatu

SHAH ALAM – Seramai 545 ahli akar umbi termasuk Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Kota Raja, Jaafar Samsudin mengumumkan keluar parti hari ini.

Jaafar, 64, berkata, keputusan itu dilakukan kerana kecewa dengan kepimpinan Amanah yang disifatkan masih gagal membawa pembangunan di kawasan Kota Raja.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pembangunan di kawasan itu masih sama dan pembelaan terhadap rakyat setempat kurang terbela.

“Selain itu, kami ahli Amanah berasa seolah-olah dipinggirkan dan tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh kepimpinan parti selama ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Bersatu Selangor di sini hari ini.

Jaafar menegaskan turut menyokong penuh wadah Bersatu di bawah pimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersifat sederhana dan menjaga kebajikan rakyat.

“Saya juga yakin ia akan disokong ahli Amanah lain termasuk ahli bukan Melayu yang akan turut keluar parti kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rashid menegaskan penyertaan 545 ahli baharu tersebut sebagai permulaan baik kepada Bersatu untuk terus memimpin Selangor.

“Ia sememangnya mampu membantu jentera Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi PRU ke-15.

“Saya juga percaya pengaruh dan pengalaman luas Jaafar terutama kecekapan mengatur jentera dapat memastikan kemenangan kami nanti,” katanya.

–K! ONLINE

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *