Swasta harus bersama kerajaan bangunkan semula ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengharapkan kerjasama sektor swasta untuk bersama dalam membawa ekonomi negara ke jalan pemulihan yang mantap, lestari dan inklusif serta tidak meminggirkan sesiapa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia sekali gus komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat menjadi fokus utama dalam pelan pemulihan ekonomi negara.
“Oleh kerana mereka (rakyat) yang paling banyak terkesan akibat pandemik COVID-19 sekali gus cenderung menjadi yang paling rentan, saya yakin bahawa usaha tersebut hanya akan bermanfaat jika mereka membawa manfaat dan kesejahteraan lebih besar bagi setiap warga negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucap tama Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) 2020 pada Isnin.
Dalam pada itu, katanya, langkah perkongsian dan idea sektor awam serta swasta diharap dapat mengatasi krisis ekonomi akibat pandemik.
“Oleh itu, kita mesti menerokai semua kemungkinan supaya dapat dengan cepat mewujudkan sistem yang membolehkan kita mencapai keseimbangan antara keutamaan kesihatan dan keperluan ekonomi.
“Dalam usaha bersama kita mencapai keseimbangan, paling penting kerajaan terus pada peraturan asas yang mengatur perdagangan antarabangsa dan memberi jaminan serta ramalan untuk perniagaan.
“Oleh itu, kita mesti menentang proteksionisme dan unilateralisme, membenarkan aliran barang dan perkhidmatan rentas sempadan serta memastikan gangguan minimum pada rantaian bekalan serantau dan global,” jelasnya.
Katanya lagi, kerajaan juga sentiasa sedar usaha China yang telah menjalankan peranan dalam memastikan negara-negara yang terkesan dengan pandemik dapat mengurangkan risiko sekali gus tidak mempengaruhi aliran perdagangan serta pelaburan.
Jelas Muhyiddin lagi, kerajaan juga akan terus memastikan kelangsungan sumbangan hampir 98 peratus Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana daripada semua entiti perniagaan berdaftar dan 40 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) membela lebih 60 peratus tenaga kerja negara.
Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *