PTPTN Bantu Anak-Anak Polis

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan bantuan sebanyak RM15,000 kepada anak-anak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi persediaan sesi persekolahan baharu.

Bantuan yang disampaikan melalui Persatuan Penduduk Perumahan PDRM Setiawangsa itu merangkumi 10 kawasan perumahan PDRM yang terdiri daripada keluarga yang mempunyai ramai tanggungan.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, bantuan ini adalah usaha murni PTPTN dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat serta mengurangkan beban ibu bapa dalam persediaan sesi persekolahan anak-anak.

“Setiap kawasan perumahan telah diperuntukkan sebanyak RM1,500 sebagai bantuan untuk membeli kelengkapan sekolah seperti alat tulis, beg sekolah dan sebagainya,”

“Bantuan ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban mereka malah dapat memperkenalkan PTPTN kepada mereka dengan sebetulnya,” katanya dalam satu majlis di Perumahan PDRM Menara Seri Kemboja, di sini.

Selain itu, Wan Saiful turut mengucapkan penghargaan kepada anggota polis sebagai barisan hadapan dalam menjaga keselamatan negara dan mengekang wabak Covid-19.

Turut hadir pada majlis itu ialah  Timbalan Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azli Amin dan Pengerusi Persatuan Penduduk PDRM Sri Kemboja, Sub-Inspektor Nording Abdul Razak.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *