BERSATU Gua Musang salur bantuan banjir kepada 150 keluarga

GUA MUSANG 9 Jan.- Bantuan sebanyak RM8,000  disalurkan oleh BERSATU Gua Musang kepada 150 buah keluarga yang juga mangsa banjir di sini.

Ketua Bahagian BERSATU Gua Musang, Dato’ Mohd. Azizi  Abu Naim berkata, bantuan bekalan khas itu diberikan kepada 150 buah keluarga di tiga kawasan Parlimen situ.

“Lawatan tiga hari hingga 8 Jan itu merangkumi tiga kawasan parlimen iaitu DUN Galas, DUN Nenggiri dan DUN Paloh,”

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang terjejas akibat bencana banjir,” katanya.

Antara barang bekalan yang diberi adalah tepung gandum, gula, teh dan sardin.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *