Agenda bela rakyat: Pas pertahankan kerjasama dengan BERSATU

wswj

AYER KEROH 11 Jan. – Pas tetap berpendirian mempertahankan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atas faktor kesatuan di bawah Perikatan Nasional (PN) itu terbukti berpaksikan agenda membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Timbalan Yang Dipertuan Pas Kawasan Kota Melaka, Zuhaidi Yusof yang menghadiri majlis anjuran Penerangan BERSATU Melaka di sini semalam berkata, kerjasama partinya dengan BERSATU berjaya membantu rakyat serta menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

“Saya dan beberapa wakil Pas menyertai program anjuran BERSATU ini atas dasar persahabatan dan yakin PN mampu membela nasib serta memenuhi kehendak rakyat.

“Kerjasama di bawah PN ini terbukti berjaya memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Kita tidak menghadapi masalah untuk berkawan dan bersahabat dengan BERSATU dan akan terus bekerjasama dalam kesatuan di bawah PN,” katanya.

Dalam program Perjumpaan dan Penerangan Isu-isu Semasa bersama Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Wan Saiful Wan Jan itu turut dihadiri Naib Presiden BERSATU, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen, Naib Ketua Srikandi BERSATU Malaysia, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua BERSATU Bahagian Kota Melaka, Dato’ Hishamuddin Abdul Karim.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *