Oleh: Wan Saiful Wan Jan
Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz atas kejayaan mendapatkan kembali RM15.4 bilion pemulangan aset yang terkait dengan skandal 1MDB. Ini satu jumlah yang besar dan pasti akan dapat membantu keupayaan negara.
Skandal 1MDB merupakan satu titik hitam yang besar dalam sejarah negara. Jenayah kleptokrasi yang berlaku menyebabkan negara kita hilang aset yang amat banyak. Kita mesti ambil semua langkah yang perlu untuk memastikan lebih banyak aset-aset itu dapat kita kembalikan kepada rakyat kita.
Pada waktu yang sama, pastikan keadilan dan undang-undang juga ditegakkan dengan tegas dan segera. Rakyat nak tahu apa kesudahan mereka yang bersekongkol dalam skandal 1MDB ini. Kita mesti pastikan jenayah sebegitu tidak boleh diulang oleh sesiapa.