BERSATU Johor Bahru Hargai Petugas Barisan Hadapan

Oleh Dali Bakar

JOHOR BAHRU 23 Jan. – Ketika diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 12 Januari lalu, pastinya anggota polis akan menjadi watak utama barisan hadapan dalam mengawal pergerakan rakyat lebih-lebih lagi di negeri PKP.

Armada Bahagian Johor Bahru bersama Timbalan Ketua Bahagian Johor Bahru Razrul Rosli berganding bahu menghulur tangan dengan memberi sumbangan kepada anggota polis di balai polis kawasan Johor Bahru.

Zarief Halid selaku Naib Ketua Armada Bahagian Johor Bahru berkata, usaha ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada anggota polis.

Menurutnya, pasukan polis sentiasa menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira masa dan keadaan.

Ujarnya, sumbangan tersebut bukan hanya tertumpu pada anggota polis malah akan diperluaskan lagi kepada petugas kesihatan, tentera dan lain-lain.

Pemberian berupa bekalan makanan dan minuman adalah untuk anggota yang bertugas di sekatan jalan raya di sekitar Johor Bahru.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *