Perikatan Nasional (PN) Hang Tuah Jaya Agih 650 Bungkus Bubur Lambuk

AYER KEROH 23 Jan. – Perikatan Nasional (PN) Hang Tuah Jaya menjalankan program menyantuni masyarakat dengan mengagihkan 650 bungkus bubur lambuk kepada 11 buah masjid di dalam kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.

Program agihan bubur lambuk itu melibatkan 11 buah masjid dan dijalankan mengikut prosedur standard (SOP) yang ketat sebagai langkah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program PN itu disempurnakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd. Azrudin Md. Idris, manakala Pas pula diwakili Yang Dipertua Pas Kawasan, Ramli Dalip.

Menurut Mohd. Azrudin, program itu berjaya meningkatkan kerjasama dalam PN selain sebagai kewajipan untuk mengeratkan perpaduan sesama penduduk di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.

“Program ini sebagai bukti bahawa BERSATU dan Pas sentiasa bekerjasama dan saling bantu-membantu terutama dalam menjayakan aktiviti perpaduan.

“Program ini juga menjadi wadah untuk PN mengorak langkah menganjurkan lebih banyak aktiviti seumpamanya,” katanya.

Menurut Mohd. Azrudin, kesemua bubur lambuk itu diserahkan kepada 11 ketua cawangan untuk diagihkan ke masjid-masjid.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *