Muafakat Tolak Desakan Adakan PRU, Sokong Tindakan Muhyiddin Selesaikan Masalah Covid

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Menjadi kewajipan pemerintah untuk mengutamakan penyelesaian terhadap masalah pandemik Covid-19 disebabkan ia jelas mengancam nyawa rakyat berbanding kepentingan mengadakan pilihan raya umum (PRU), kata bekas Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad.

Menurutnya, langkah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat dilihat sebagai tindakan yang tepat dan betul.

Jelasnya,  dalam Islam sendiri mengutamakan pemerintah menyelesaikan isu  rakyat  terutama apabila masalah yang berlaku mengancam nyawa.

“Muafakat menyokong tindakan Muhyiddin mengutamakan keselamatan rakyat.

“Negara sedang berhadapan dengan masalah Covid-19. Mengapa perlu diadakan PRU seperti yang didesak oleh sesetengah pihak?

“Semua kita termasuk ahli-ahli  politik sepatutnya perlu bersatu tenaga menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Dalam politik Islam sendiri kita kena utamakan penyelesaian terhadap masalah rakyat dan bukannya mengadakan PRU,” katanya.

Di  samping itu kata Ismail Mina, negara juga perlu memberi tumpuan kepada penyelesaian terhadap kemelesetan ekonomi yang bukan sahaja dihadapi negara, malah seluruh dunia.

“Semua masalah ini menjadi keutamaan untuk pemerintah menyelesaikannya terlebih dahulu berbanding mengadakan PRU,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *