BERSATU Parlimen Kota Melaka bantu Penduduk Taman Seri Telok Mas, baiki Surau

TELOK MAS 30 Jan. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parlimen Kota Melaka hari ini mengagihkan sumbangan barangan makanan kepada beberapa keluarga yang memerlukan bantuan di sekitar DUN Telok Mas.

Penyampaian sumbangan barangan makanan itu disampaikan kepada keluarga yang tinggal sekitar Taman Seri Telok Mas di sini.

Ketua Penerangan BERSATU Negeri Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim berkata, program dengan kerjasama Perikatan Nasional (PN) itu turut membantu membaik pulih surau di kawasan itu.

“Surau di kawasan ini hanya bergantung pada sumbangan jemaah untuk semua aktiviti termasuk kos utiliti.

“Kami akan cuba sebaik mungkin untuk dapatkan sumbangan untuk membaik pulih surau ini,” katanya.

Di samping itu tambah beliau, kehadiran surau itu secara langsung merapatkan hubungan silaturahim penduduk sekitar selain menjadi pusat perpaduan dan aktiviti penduduk.

“Kita mahu perpaduan penduduk sekitar terus dapat ditingkatkan lagi,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *