Sedih, pilu mengenangkan nasib kanak-kanak yang mati didera

MELAKA 1 Feb. – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun hari ini menziarahi keluarga angkat  kepada kanak-kanak lelaki yang mati dipercayai akibat didera.

 

Rasa sedih, pilu dan hiba dirasai apabila mengenangkan nasib kanak-kanak malang yang berusia tujuh tahun itu.

Lebih pilu, apabila Mohd. Rafiq dan Rina diberitahu kanak-kanak malang itu baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada Disember lalu.

“Saya berharap hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini. Saya difahamkan polis sedang meneruskan siasatan,’’ kata Mohd. Rafiq.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Kanak-kanak malang itu ditemui mati di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *