Armada Serusa buat laporan polis terhadap Lokman Adam

PORT DICKSON 2 Feb. Satu laporan polis dibuat terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam atas kesalahan menyembunyikan bukti jenayah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kesalahan menghasut serta memfitnah terhadap DYMM Sultan Johor menerusi dua video di Facebook .

Laporan itu dibuat pada 31 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson oleh Ketua Armada Serusa, Megat Muhammad Faris Megat Ismail serta Ketua Pemuda Port Dickson, Mohd. Farid Hashim.

Megat Muhammad Faris mendakwa Lokman menerusi video pertamanya jelas menyatakan bahawa beliau dan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo memiliki bukti video rakaman seks luar tabii Anwar Ibrahim tetapi hanya mendedahkan sebahagian daripada video berkenaan.

“Lokman wajib disiasat atas kesalahan menyimpan bukti jenayah.

“Undang-undang Malaysia jelas menyatakan melindungi dan tidak melaporkan jenayah adalah sebuah kesalahan jenayah. Saya minta polis menyiasat perkara ini,” katanya.

Beliau turut berkata, bahawa Papagomo juga perlu menerangkan adakah tuduhan Lokman itu benar atau sekadar tuduhan semata-mata.

Tambahnya, video kedua yang disiarkan jelas memfitnah DYMM Sultan Johor masuk campur urusan politik dengan mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO memasuki parti BERSATU.

“Video kedua Lokman ini jelas mengandungi unsur hasutan benci dan perkara ini mesti disiasat,” katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *