Srikandi Muda Johor prihatin pada warga emas

2 Februari Selasa – Walaupun di dalam pergerakkan yang terbatas kerana PKP, Srikandi Muda Johor tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk terus berbakti.

Nur Najihah Abdul Halim, Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor sentiasa aktif mencari maklumat masyarakat yang memerlukan.

Antara penerima-penerima bantuan makanan asas, ialah Puan Samiah binti Omar, 70, yang merupakan seorang warga emas yang tinggal bersama ibu dan kakak kandungnya, Jalan Cempaka, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Majidee Baru. Puan Samiah merupakan antara insan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Nur Najihah turut menghulurkan bantuan kepada warga emas yang mempunyai masalah kesihatan. Salah seorang warga emas yang tinggal sebatang kara dan mempunyai beberapa masalah kesihatan ialah Md Salleh bin Abdul Rahman, berusia 83 tahun.

Manakala salah seorang penerima bantuan yang terjejas dari segi ekonomi pula adalah Wan Sakiah Wan Hassan yang merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian. Perniagaan taskanya sendiri selama beberapa tahun terpaksa ditutup kerana menjaga abangnya yang sakit. Akibat daripada Covid-19 dan PKP yang dilaksanakan, Wan Sakiah telah hilang perniagaannya dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Walaupun Srikandi Muda masih baru ditubuhkan, menurut Nur Najiha yang juga merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi, ia tidak menghalang sayap parti itu untuk terus bergerak dan berbakti kepada yang masyarakat, seterusnya merapatkan masyarakat dengan Parti Bersatu.

Serahan bantuan turut dibantu oleh Ketua Bersatu Cawangan Majidee Baru, Encik Abdul Halim. Bantuan barangan keperluan asas adalah sumbangan masyarakat dan penderma prihatin dari ‘foodbank’ Pusat Komuniti Bijak Larkin, yang merupakan inisiatif Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *