Back To School: 50 Beg, Peralatan Diagihkan Untuk Murid-murid Sekolah

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Program Back To School yang menyumbangkan beg serta peralatan sekolah untuk cawangan Kawasan Universiti dalam Parlimen Lembah Pantai, menceriakan 50 murid sekolah rendah di sini.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Lembah Pantai, Ir. Zainal Ariffin Osman memberitahu, penyerahan beg serta peralatan sekolah itusebagai persediaan awal untuk murid- murid terbabit memulakan alam persekolahan sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan.

“Kita serahkan beg serta peralatan sekolah itu kepada cawangan untuk diagihkan kepada murid-murid yang layak menerimanya.

“Ia sebagai  persediaan bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal sebelum memulakan alam persekolahan sebaik sahaja PKP ditamatkan,’” katanya.

Menurutnya, program Back To School itu secara langsung dapat mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa berbelanja besar dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *