Gerakan Sertai Perikatan Nasional Kerana Yakin Gabungan Itu Bebas Rasuah

PULAU PINANG 16 Feb. – Parti Gerakan memilih untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) kerana yakin bahawa gabungan tersebut termasuk BERSATU dan Pas serta lain-lain parti di bawah PN, bersih dan bebas daripada gejala rasuah.

Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, pemilihan  menyertai PN telah dikaji terlebih dahulu dan Gerakan berpuas hati untuk menyertainya atas dasar yakin serta percaya.

“Yang penting Gerakan yakin bahawa gabungan parti dalam PN bersih serta bebas daripada gejala rasuah. Itu faktor paling penting.

“Atas faktor itu jugalah baru kita (PN) dapat memenangi hati rakyat serta membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Beliau mengulas langkah Gerakan menyertai PN baru-baru ini.

Menurutnya, jika sesebuah gabungan politik itu terlibat dalam gejala rasuah, rakyat tidak akan mempercayai untuk menyokong gabungan tersebut.

“Rakyat mahu parti atau gabungan yang bersih serta bebas daripada gejala rasuah. Sekarang rakyat tahu menilai gabungan mana yang bersih,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *