Kes berprofil tinggi perlu diselesai segera

19 Februari : Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Rosmah Mansor membela diri atas pertuduhan rasuah yang bernilai ratusan juta ringgit adalah satu perkara yang penting bagi pentadbiran negara, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Ini adalah salah satu kes berprofil tinggi yang perlu diselesaikan segera, ujarnya.

Tambah beliau lagi, sekiranya tidak bersalah, maka kes ini perlu ditutup. Jika sebaliknya, beliau yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia mahukan keadilan terlaksana.

“Rasuah adalah barah besar yang wajib diperangi”, tegas pemimpin dari Pahang ini.

Bersatu mempunyai sejarah panjang memerangi rasuah. Parti ini ditubuhkan atas semangat memerangi rasuah dan mengembalikan integriti negara.

Kes-kes berprofail tinggi seperti ini wajib punyai penyelesaiannya. Keadilan mesti dilaksanakan supaya menjadi pengajaran kepada semua dan tidak berulang lagi selepas ini.

“Ini duit rakyat yang mesti dijaga dengan amanah”, kata beliau lagi.

Semalam, Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *