Srikandi Kuala Nerus Ziarah, Serah Bantuan Kepada Keluarga Kurang Berkemampuan, Uzur

KUALA TERENGGANU 20 Feb. – Srikandi Bahagian Kuala Nerus menyampaikan sumbangan hamper, barangan dapur dan bakul makanan kepada lima keluarga kurang berkemampuan dan uzur dalam program ziarah kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading di sini.

Barangan sumbangan itu adalah sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kementerian Pendidikan dan pelbagai agensi lain.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kuala Nerus, Khazan Che Mat memberitahu, program itu turut melibatkan rumah penduduk di Kampung Tanjung Bunut dan Kampung Jeram Manir.

“Program ziarah dan serah sumbangan ini berterusan dan diadakan setiap minggu.

“Pihak bahagian dan Srikandi bahagian akan bergerak mengedarkan sumbangan barangan ini sebaik sahaja menerimanya daripada pelbagai pihak.

“Sebaik sahaja menerima barangan itu, kami akan terus mengedarkannya kepada keluarga yang layak menerima,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk swasta untuk menyumbang barangan keperluan harian untuk diagih-agihkan kepada penduduk di situ.

“Program ini dapat mengurangkan beban penduduk  yang terkesan pendapatan mereka akibat pandemik Covid-19,’’ katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *