Dua Ahli Parlimen pembangkang buat akuan bersumpah sokong Muhyiddin, kerajaan PN

PUTRAJAYA 28 Feb.- Perdana  Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Akuan Bersumpah oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada Mihyiddin yang juga Presiden BERSATU selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.

“Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik Covid-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara,” kata Muhyiddin.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *