Mustapa Percaya Ekonomi Negara Akan Pulih, Pandemik Covid Dapat Dibendung

PUTRAJAYA 1 Mac – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengucapkan terima kasih kepada  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana memberi beliau peluang untuk berkhidmat dalam barisan Kabinet.

“Saya bersyukur kerana dapat berkhidmat dengan barisan menteri yang berpengalaman dan komited, bekerja untuk rakyat, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

“Seluruh barisan menteri bekerja sebagai satu pasukan yang mantap, bersama-sama berkhidmat untuk memulihkan ekonomi negara  dan menangani krisis kesihatan yang berpunca daripada pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, genap setahun Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara.  Insya-Allah tahun ini ekonomi negara akan pulih dan pandemik Covid-19 dapat dibendung.

“Semoga Allah melindungi negara kita dan rakyat Malaysia,’’ katanya mengulas genap satu tahun Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *