Setahun Kepemimpinan Muhyiddin Sangat Mencabar – Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR 1 Mac – Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tahun lalu merupakan tahun yang amat mencabar kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Muhyiddin terpaksa menghadapi pelbagai masalah berikutan isu Covid-19.

“Selain Covid, juga negara kita terkesan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan pelbagai lagi gangguan lain.

“Oleh yang demikian, besarlah harapan kami bahawa akan ada sinar pada masa hadapan. “Menjadi harapan kami semuanya akan kembali pulih seperti biasa. Semoga Tuhan merahmati kita semua,’’ katanya mengulas mengenai genap satu tahun Muhyiddin menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *