Wan Saiful: BERSATU mengelak pertempuran 3 pihak pilihan raya, UMNO enggan bekerjasama, Pakatan Harapan mengaut untung

KUALA LUMPUR 4 Mac – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kalau UMNO enggan bekerjasama dengan PN pada pilihan raya ke-15, ini bermaksud mereka memberi kemenangan kepada PH.

Ketika wawancara eksklusif bersama Sin Chew Daily, beliau berkata, BERSATU ketika ini masih berpendirian ingin berkerjasama dengan UMNO, demi mengelakkan pertempuran tiga pihak dengan UMNO. Namun kalau ia tidak dapat dielakkan, BERSATU tetap akan menghadapinya. Kerjasama antara dua parti adalah realiti politik

“Untuk menang pilihan raya, membina kerajaan yang stabil, parti Melayu mesti bekerjasama dan memerintah bersama. Ini tiada kena-mengena dengan kegemaran anda terhadap suatu parti. Realiti politik yang hendak diselesaikan ialah kedua-dua parti mesti bekerjasama, menunjukkan pakatan yang harmoni kepada orang awam dalam pilihan raya,” katanya.

Walaupun UMNO banyak bersuara, meminta untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU dalam pilihan raya seterusnya, serta Ahli Parlimen UMNO mengisytiharkan bahawa mereka menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi ia menunjukkan bahawa BERSATU dan UMNO masih dalam hubungan kerjasama.

“UMNO bukan parti gabungan BERSATU dalam PN, hanya rakan kongsi dalam kerajaan PN,’’ katanya.

Beliau berkata, pada pilihan raya ke-14, undi Melayu dipecahkan kepada Barisan Nasional dan Pas. Situasi sekarang turut demikian, undi Melayu mungkin dipecahkan antara PN dan BN.

Katanya, BERSATU akan bertanding dalam pilihan raya dengan cara gabungan PN. Jikalau akhirnya masih tidak dapat bekerjasama dengan UMNO, BERSATU juga akan bijak menggunakkan kelebihannya untuk mengaut sokongan, termasuklah tujuan penubuhanya, menyahut intergriti, memerangi rasuah dan berusaha menjadi pemerintah yang lebih baik di negara ini.

“Semua ini merupakan tempat yang menonjolkan BERSATU daripada parti-parti yang lain,’’ katanya.

Merujuk kepada hubungan UMNO dan BERSATU, Wan Saiful berkata, secara terang-terangan, ketika BERSATU ditubuhkan pada 2016, ia memang berniat ingin menggantikan UMNO, tetapi keadaan politik sekarang telah berubah dan BERSATU tidak nampak alasan (tiada lagi sebab) untuk menggantikan UMNO.

“Disebabkan UMNO pada ketika itu dikaitkan dengan kerajaan yang korup, BERSATU ditubuhkan oleh ahli-ahli UMNO yang dipecat kerana menolak kerajaan rasuah.

“Kini tiada lagi sebab untuk menggantikan UMNO. Kita kenalah terima, Malaysia mempunyai tiga parti utama Melayu iaitu Pas, UMNO, dan BERSATU,’’ katanya.

Katanya, tiga parti ini hendaklah mencari jalan untuk bekerjasama.

Beliau menekankan, agenda BERSATU adalah untuk bekerjasama dengan dua parti utama Melayu yang lain, memainkan peranan masing-masing untuk memastikan negara maju ke hadapan.

“Era siapakah pemimpin, siapakah yang sulung semua telah berlalu, sekarang merupakan era kerjasama dan pakatan politik,” katanya.

Ketika ditanya pilihan siapakah layak jadi Perdana Menteri, beliau berkata, semua pengundi mestilah tanya diri sendiri, siapakah yang pilihan mereka untuk memerintah negara ini.

Bagi BERSATU, ketika ini Muhyiddin ialah pilihan terbaik, ini tidak akan berubah dalam masa terdekat.

“Saya tidak nampak calon yang lebih baik dalam negara kita untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Wan Saiful, politik Malaysia dahulu sering bertengkar siapakah yang sulung (who’s boss), parti mana yang lebih berpengaruh.

“Kita harus menghentikan kekacauan politik seperti ini. Semua politik dan ahli politik mestilah fokus kepada membantu rakyat dan memenuhi keperluan rakyat.

Menurutnya, perbezaan BERSATU dengan UMNO adalah tujuan penubuhan parti dan misi BERSATU memfokuskan ketelusan dan  memerangi rasuah.

“Kami telah membuktikan bahawa kami tidak menumpukan perhatian hanya kepada hak orang Melayu,’’ katanya.

Beliau berkata, adalah penting untuk memastikan agenda Melayu dapat dipelihara dalam dasar kerajaan, tetapi ini bukan kesemuanya.

Jelasnya, apabila penduduk terbesar di negara ini mempunyai keyakinan pada masa depan, ini dapat menstabilkan negara, kestabilan akan membawa kemakmuran.

“Kita haruslah bersikap realistik. Jangan berpandangan bahawa agenda Melayu hanya untuk Melayu. Yang pentingnya semua orang boleh bermanfaat. Kestabilan amatlah penting. Ini memastikan negara mampu maju ke hadapan, bukan untuk memihak kepada suatu kaum sahaja, tetapi supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran.

“Lihatlah ketika PH berkuasa, ketika agenda Melayu dipertikaikan, tidak dipelihara, dan terdapat banyak sangat aduan. Adakah Cina gembira? Adakah Melayu gembira? Inilah realiti yang harus kita terima,” katanya.

Katanya, selama 22 bulan pemerintahan PH, anggota parti saling bersaing, mewujudkan kerajaan yang tidak stabil.

Beliau percaya setiap orang tanpa mengira kaum, inginkan politik yang stabil dan ekonomi yang stabil. Kerajaan PN pasti mampu memberikan yang lebih baik berbanding dengan PH yang dahulu.

Wan Saiful berkata; “Selepas BERSATU dijemput memasuki Muafakat Nasional, setakat ini tiada sebarang kemajuan. Sampaikan adalah tidak jelas sama ada mesyuarat akan diadakan.’’

Sebaliknya, katanya, hubungan BERSATU dan Pas amat positif.

“Mereka telah menubuhkan majlis perikatan nasional pada peringkat negeri. Kini memasuki peringkat daerah dan peringkat Ahli Parlimen, termasuklah Gerakan,’’ kata beliau.

Katanya, Pas amat menyedari  kepentingan dalam memelihara hubungan harmoni antara penduduk terbesar di negara kita.

“Disebabkan hal ini, pertempuran tiga pihak antara BERSATU dan Pas dalam pilihan raya yang akan datang tidak mungkin berlaku,” katanya.

Wan Saiful menekankan bahawa, walau bagaimanapun, Muafakat Nasional bukan parti gabungan yang berdaftar dan tidak boleh menyertai pilihan raya yang akan datang.

BERSATU katanya, telah bersiap sedia untuk menyertai pilihan raya yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Katanya, semua bahagian BERSATU telah bersiap sedia, termasuk menjalankan pelbagai aktiviti dan memulakan kempen multimedia.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal bertanggungjawab memimpin dan mengatur seluruh kempen pilihan raya.

Wan Saiful berkata, Ahmad Faizal juga akan berunding dengan parti politik lain sebagai wakil BERSATU dan ini merupakan langkah pertama dalam perundingan kerusi Ahli Parlimen PN.

Tetapi buat masa ini PN masih belum bermula pengagihan kerusi dengan mana-mana parti politik, termasuklah UMNO.

Beliau  mengatakan, pada pilihan raya umum yang lalu, kerusi parlimen yang diagihkan kepada BERSATU berdasarkan empat parti politik gabungan di bawah PH. Kini terdapat lima parti politik dalam PN iaitu BERSATU, Pas, STAR, SAPP dan Gerakan. Kerusi parlimen harus diagih semula.

Katanya, daripada lima parti politik, tiga datang dari Semenanjung Malaysia dan dua dari Sabah. Antara 3 parti politik Sememanjung Malaysia, BERSATU dan Pas parti yang lebih besar daripada Gerakan. Gerakan mempunyai sokongan kuat di beberapa kawasan seperti Pulau Pinang yang mempunyai asas sokongan paling lama, dan mempunyai kelebihan di sesetengah kawasan di Johor.

Menurutnya, penyertaan Gerakan memberikan sumbangan yang amat

positif terhadap PN disebabkan ramai yang mengatakan bahawa PN merupakan perikatan yang diketuai oleh parti Melayu.

“Sudah pasti, PN diketuai oleh BERSATU dan Pas tetapi dengan penyertaan Gerakan, kami dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa kami merupakan gabungan nasional yang sebenarnya.

Dalam isu rakyat yang berusia 18 tahun mungkin boleh mengundi dalam pilihan raya akan dating, Wan Saiful percaya bahawa ini boleh menyebabkan ahli politik supaya lebih berwaspada terhadap kata-kata dan perbuatan mereka.

Katanya, pengundi generasi muda tidak mempunyai kesetiaan terhadap sesuatu parti politik. Mereka hanya mementingkan siapakah yang mampu memberikan yang terbaik untuk negara. Ini pasti merupakan cabaran bagi semua orang.

“Rakyat yang berusia 18 tahun boleh mengundi dan memberikan demokrasi yang sihat kepada negara kita, saya berfikiran positif terhadap pelaksanaan perkara ini,” katanya.

Katanya, sejarah BERSATU di Malaysia amatlah singkat, BERSATU akan menggunakan usaha yang dicurahkan dalam empat tahun yang lalu dan bertungkus-lumus memberikan yang terbaik untuk negara, mendapatkan sokongan pengundi 18 tahun.

Ketika ditanya pendapatnya terhadap pendidikan pelbagai aliran, Wan Saiful berkata, secara peribadinya, pendidikan pelbagai aliran merupakan warisan negara kita sejak dulu lagi. Negara kita merangkumkan pendidikan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan nasional, ini mampu menjadikan Malaysia lebih berdaya-saing dalam pentas antarabangsa.

Katanya; “Pendidikan bahasa ibunda membolehkan kita menghargai budaya yang berlainan. Zaman kini merupakan zaman kebangkitan Asia, terutamanya China dan India. Keunikan pendidikan pelbagai aliran di Malaysia membawa banyak potensi kepada kita.’’

TERJEMAHAN WAWANCARA SIN CHEW DAILY BERSAMA DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Sumber : www.sinchew.com.my/

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *