80 lagi keluarga etnik Iban di rumah panjang DUN Kemena terima biji benih sawit

BINTULU 8 Mac – Sebanyak 80 keluarga lagi yang melibatkan etnik Iban di rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena menerima biji benih sawit, menjadikan program pemberian biji benih itu merangkumi 400 keluarga sehingga kini.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Bintulu, Duke Janteng berkata, bagaimana pun pihaknya menyasarkan jumlah keluarga yang akan memperolehi biji benih sawit itu lebih ramai lagi.

“Ada lagi keluarga etnik Iban yang belum diagihkan biji benih sawit itu dan mereka akan menerimanya dalam masa terdekat ini.

“Kita jangka pemberian biji benih sawit ini melibatkan keseluruhan penduduk yang layak akan selesai menjelang Julai nanti,’’ katanya.

Duke berkata, pihaknya juga menyasarkan bahawa menjelang tahun 2022, setiap keluarga yang menerima biji benih sawit itu akan dapat menanam 500 pokok sawit.

“Ini akan dapat menambah pendapatan mereka,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *